BAB 5
DAPATAN DAN CADANGAN
DAPATAN DAN CADANGAN
5.1 DAPATAN DAN CADANGAN TERHADAP PIHAK POLITEKNIK
Program Latihan Industri merupakan suatu program yang amat baik dan berfaedah bagi pelajar politeknik. Ianya adalah bagi membantu pelajar menyesuaikan diri dalam keadaan pekerjaan yang sebenar. Pelajar yang berpendidikan tinggi memerlukan pengalaman bekerja sebelum memulakan perkhidmatan di mana-mana syarikat. Tanpa sebarang pengalaman, pelajar akan menghadapi kesukaran semasa memulakan pekerjaan pada masa akan datang. Pengalaman merupakan perkara penting dalam mencari pekerjaan pada masa kini. Masa yang diperuntukkan untuk menjalani Program Latihan Industri adalah agak pendek. Jika masa yang diperuntukan lebih panjang, hal ini akan membantu pelajar yang menjalani latihan industri bekerja dengan lebih berkesan. Jika dipersetujui, tempoh latihan industri harus dipanjangkan selama enam bulan.
Dalam tempoh masa itu, pelajar akan memperolehi lebih banyak pengetahuan dalam segala bidang. Ini membolehkan pelajar praktikal tersebut lebih mendalami skop bidang kerjanya. Disamping itu, pelajar juga boleh mempelajari lebih banyak perkara yang tidak sempat dipelajari sebelum habis tempoh latihan industri ditetapkan. Oleh itu, Program Latihan Industri perlu diteruskankan dari semasa ke semasa mengikut keperluan supaya pelajar dapat memahami dunia pekerjaan dan berkebolehan menjalankan tugas lebih sempurna dan menjadi lebih matang apabila keluar bekerja dalam sektor yang diceburi pada masa akan datang. Selain penggunaan Bahasa Melayu didalam dokumen politeknik yang berkenaan Program Latihan Industri, penggunaan Bahasa Inggeris adalah amat penting khususnya untuk berkomunikasi dengan orang awam. Oleh kerana penggunaan Bahasa Inggeris amat penting pada masa kini maka saya mencadangkan pihak politeknik menyampaikan sistem pembelajaran dalam bahasa inggeris secara tidak langsung pelajar yang kurang mahir akan menjadi pelajar yang boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
5.2 DAPATAN DAN CADANGAN TERHADAP PIHAK ORGANISASI
Setelah menjalani Program Latihan Industri di Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya (PPDBD) selama lima bulan, saya menyedari bahawa latihan industri ini telah banyak membantu saya dalam mengetahui selok-belok keadaan kerja sebenar dan cara-cara pengurusan dalam sesebuah agensi. Selain itu, komuniti ataupun hubungan kumpulan warga kerja di Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya (PPDBD) adalah rapat dan mesra antara satu sama lain seperti satu keluarga yang saling bantu-membantu. Walaupun sebagai pelajar praktikal di agensi ini, tetapi saya dilayan seperti kenalan mereka.
Semua warga kerja di Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya (PPDBD) mempunyai tugasan yang tersendiri dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah disenaraikan. Situasi ini telah dapat membantu saya menjalankan kerja dengan lancar disamping selalu bertanya apabila terdapat masalah dalam tugasan yang diberikan. Sekiranya saya menghadapi sebarang masalah dalam kerja yang dilakukan, kakitangan yang lain turut sudi membantu saya serta memberi tunjuk ajar yang amat berharga dan berguna untuk saya kerana kesanggupan mereka berkongsi pengalaman dan ilmu. Selain itu, saya juga sentiasa cuba sedaya upaya membantu semua kakitangan dan memastikan semua kerja yang dilakukan berjalan lancar dan teratur.
No comments:
Post a Comment