Antara objektif latihan industri adalah seperti berikut :
i. Mendedahkan
pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar
Jika berada dalam
situasi alam pekerjaan yang sebenar, ianya adalah jauh lebih berbeza
dengan keadaan dunia pembelajaran kerana pelajar hanya terlibat bersama rakan
sekelas dan pensyarah-pensyarah sahaja tanpa melibatkan kerjasama dengan orang
luar. Oleh itu,para pelajar juga mungkin sebahagian sahaja yang dapat
dipraktikkan di alam pekerjaan. Dalam menghadapi perubahan situasi,
para pelajar perlulah mempelajari bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan
pekerjaan, ketepatan masa untuk menghadirkan diri di tempat kerja setiap hari,
kebolehan komunikasi dengan baik di antara kakitangan, cara mendisiplinkan diri
dan juga cara menghadapi pelbagai masalah yang timbul di tempat kerja seperti
masalah berhadapan dengan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan syarikat.
ii. Mengaitkan teori, teknikal dan kemahiran dengan aspek-aspek praktikal di tempat latihan industri
Apabila pelajar
berada di alam pekerjaan seperti menjalani latihan industri ini, maka segala
pengetahuan teknikal, kemahiran dan pengalaman dapat diperluaskan serta dapat
menambah ilmu yang sedia ada dalam diri pelajar. Di Politeknik, para pelajar
telah diajar lebih cenderung kepada ilmu teori yang boleh dihubungkaitkan
dengan dunia pekerjaan apabila tamat pengajian. Justeru itu, objektif latihan ini
diwujudkan adalah bagi melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja yang berkualiti
tinggi dan mampu melakukan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Selain itu,
pengetahuan teknikal dan kemahiran juga dapat membantu seseorang dalam
meningkatkan produktiviti kerja serta dapat mempelajari cara menguruskan dan
mengendalikan sesuatu kerja dengan lebih baik.
iii. Menimba pengalaman
Pengalaman
memainkan peranan yang sangat penting dalam mencari pekerjaan sebenar kerana
disebabkan tiada pengalaman dalam bidang pekerjaan, ramai siswazah yang
menganggur. Oleh itu, dengan wujudnya latihan industri ini, serba sedikit dapat
membantu dan memberi peluang yang cerah kepada pelajar untuk memperolehi
pekerjaan dengan mudah. Selain itu, ianya dapat memberi seseorang persediaan
yang rapi dalam menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Namun begitu, pengalaman bukan sahaja
meliputi tugas-tugas yang diberikan tetapi sebelum menjalani latihan industri
pelajar dikehendaki melakukan tugasan seperti proses-proses mencari maklumat
mengenai sesuatu organisasi yang bersesuaian, membuat permohonan tempat,
mencari bidang tugas yang berkaitan dengan pengajian yang di ambil. Kesemua
proses tersebut telah memberi serba sedikit pengalaman kepada pelajar tentang
proses untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang dipelajari. Prosedur
tersebut dipelajari di Politeknik untuk memberi pendedahan kepada pelajar
supaya mengetahui bagaimana bermula dan berakhirnya proses mencari
pekerjaan sama seperti menjalani latihan industri.
iv. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dan disiplin di dalam latihan industri
Para pelajar yang
menjalani latihan industri akan terikat dengan pelbagai syarat atau
peraturan-peraturan keselamatan di sektor swasta mahupun sektor kerajaan yang telah
dipilih oleh setiap pelajar sendiri. Apabila pelajar menjalani latihan di sesebuah
organisasi, secara langsung pelajar terikat dengan segala peraturan yang telah
di tetapkan oleh organisasi tersebut. Ia juga menjadi tanggungjawab pelajar
untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan
peraturan keselamatan, pelajar harus mematuhi setiap peraturan keselamatan yang
telah ditetapkan oleh organisasi. Ianya bagi mengelakkan sebarang masalah yang
tidak diingini berlaku. Kesan dari masalah tersebut, boleh menjejaskan reputasi
organisasi. Contohnya, pelajar didapati telah mendedahkan maklumat sulit
mengenai kedudukan sebenar organisasi kepada pihak luar yang boleh menjejaskan
imej sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, pelajar perlu
mengikut dan mengingati semua peraturan semasa menjalani latihan industri
supaya tidak mengakibatkan imej dan kedudukan organisasi yang ditempatkan
tergugat hanya kerana kelalaian dan kecuaian pelajar sendiri. Selain itu, ianya
juga boleh menjejaskan hubungan baik pihak organisasi dengan pihak politeknik
sendiri.
v. Menilai kebolehan diri
Apabila pelajar
menjalani latihan industri ini secara langsung ianya dapat membantu
pelajar dalam membuat penilaian terhadap kebolehan diri sendiri sama ada mampu
menjalankan tugas-tugas yang diberikan tanpa menimbulkan masalah serta kebolehan dalam
menyelesaikan masalah itu tanpa mendapatkan bantuan kakitangan lain. Oleh itu, pelajar dapat mengetahui
sejauh mana komitmen dan kemajuan yang mampu ditunjukkan terhadap hasil atau
mutu kerja yang dilaksanakan kepada majikan khasnya serta kakitangan yang lain
amnya bahawa mereka mempunyai kebolehan menerima dan melaksanakan arahan yang
diberikan oleh pihak yang memberikan tunjuk ajar serta panduan kepada mereka.
vi. Amanah dan
tanggungjawab
Apabila proses
menjalani latihan industri bermula, maka secara tidak langsung pelajar tersebut
telah memikul tanggungjawab dan amanah yang berat dalam apa jua tugas yang
diberikan kepada mereka. Segala amanah dan tanggungjawab tersebut perlulah
dilaksanakan dengan baik. Sekiranya tugas yang diberikan perlu diselesaikan
pada masa yang telah ditetapkan dan dikehendaki segera, pelajar perlu
melaksanakannya dengan penuh amanah dan menunjukkan komitmen yang
bersungguh-sungguh dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Objektif latihan industri ini dari
segi amanah dan tanggungjawab memainkan peranan penting untuk melancarkan
perjalanan sesebuah organisasi tersebut kerana jika tiada sifat amanah dalam
diri seseorang pekerja boleh menyebabkan penyelewengan berlaku sama ada dari
segi wang syarikat atau maklumat sulit organisasi. Begitu juga dengan
tanggungjawab pelajar, jika tiada sikap tersebut boleh menyebabkan seseorang
mengambil kesempatan untuk melakukan tugasan sambil lewa dan mengambil sikap
tidak acuh terhadap masalah yang berlaku.
Salam, saya mintak izin untuk membuat rujukan yee...terima kasih ^_^
ReplyDelete