BAB
2
LATAR BELAKANG ORGANISASI
LATAR BELAKANG ORGANISASI
1.2.1 PENGENALAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAT DAYA
Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya ditubuhkan pada 1 Februari 2008, Pejabat ini terletak di kawasan Sekolah Kebangsaan Balik Pulau. PPD Barat Daya berkongsi bangunan dengan SK Balik Pulau kerana mempunyai ruang luas yang masih belum digunakan termasuklah kemudahan bilik dan kemudahan lain bagi memudahkan urusan pentadbiran.Selain itu, PPD Barat Daya mengendalikan 52 buah sekolah iaitu :
Ø 23 Buah Sekolah
Kebangsaan
Ø 14 Buah Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina
Ø 2 Buah Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil
Ø 13 Buah Sekolah
Menengah
Bilangan guru yang berkhidmat di sekolah menengah ialah
822 orang, manakala guru sekolah rendah berjumlah 1542 orang. Jumlah murid
sekolah menengah adalah seramai 10,471 orang dan sekolah rendah 19,972 orang.
1.2.2. SEJARAH
PENUBUHAN
Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya ditubuhkan pada 1 Febuari 2008, apabila dua orang pegawai telah dilantik iaitu En. Ibrahim bin Kasa, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Seri Balik Pulau dan En.Md.Yusof bin Alaudin,Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah Rendah dari Pejabat Pelajaran Daerah Pulau untuk menyelaraskan penubuhannya. Sebelum penubuhan PPD Barat Daya segala urusan berkaitan pendidikan daerah dibuat oleh Pejabat Pelajaran Daerah Pulau. Dengan penubuhan PPD Barat Daya ini maka PPD Pulau telah dibahagikan kepada 2 iaitu PPD Barat Daya dan PPD Timur Laut. Perpecahan kepada dua buah Pejabat Pelajaran Daerah diyakini dapat memudahkan penyampaian maklumat dengan lebih pantas dan tepat, menyelaras pentadbiran dan memudahkan pelanggan berurusan dengan PPD.
2.3
PINTU MASUK PPD BARAT DAYA
Rajah 2.0: Pintu Masuk PPDBD
2.4
LOGO PPD BARAT DAYA
Rajah 2.1: Logo PPD Barat Daya
2.5 DASAR KUALITI PPD BARAT DAYA
Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya, komited dalam
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses penyampaian dan perkhidmatan
bagi memenuhi kehendak pelanggan dan aspirasi negara.
2.6 PROSEDUR –PROSEDUR PEKERJA SYARIKAT
No comments:
Post a Comment