Laporan latihan
industri ini bermaksud sesuatu perkara yang dilakukan akan dicatatkan
berdasarkan segala aktiviti semasa menjalani proses latihan industri serta
maklumat lain yang bersesuaian untuk dijadikan sebahagian daripada bahan yang
diperlukan dalam penghasilan buku laporan latihan industri. Laporan latihan
industri ini mestilah mengikut segala prosedur-prosedur yang telah ditetapkan
oleh institusi pengajian tinggi masing-masing supaya semua laporan kelihatan
seragam, kemas dan bersistematik dalam merealisasikannya. Oleh yang demikian,
untuk permulaan membuat laporan latihan industri adalah dengan merujuk segala
maklumat yang sudah tersedia di dalam buku panduan latihan industri.
Seterusnya, pelajar hendaklah mencatat tentang aktiviti tugasan harian yang
dilakukan ketika menjalani latihan dengan merujuk buku laporan harian di mana
buku laporan harian tersebut akan dinilai dengan terperinci oleh
pensyarah-pensyarah.
Bagi memperolehi gred yang cemerlang
para pelajar perlu menyiapkan buku laporan dan membuatnya dengan sebaik mungkin
di mana pensyarah akan membuat penilaian terhadap segala yang tercatat di dalam
buku laporan seiring dengan tugasan yang dilakukan ketika menjalani latihan.
Justeru itu, laporan latihan industri dan buku laporan harian tidak boleh
bercanggah atau berlainan maklumat kerana pensyarah akan membandingkan bagi
melihat sejauh mana pelajar menjalankan tugas latihan industri mengikut
prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
Laporan latihan industri juga
bertujuan untuk mengetahui bentuk tugasan yang dilaksanakan sama ada tugasan
yang diberikan berkaitan dengan pengajian yang diambil atau sebaliknya.
Daripada tugasan tersebut, pensyarah dapat menilai bahawa pelajar tersebut
telah menjalani latihan industri dengan baik atau
tidak. Laporan ini amat berguna untuk
para pelajar untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Oleh yang demikian, terdapat
pelbagai objektif yang melibatkan latihan industri. Objektif-objektif ini
adalah sebagai garis panduan yang bersangkut paut dengan laporan latihan
industri ini adalah:
i. Menjadi bahan
bukti.
Penghasilan buku
laporan industri adalah salah satu bahan yang menunjukkan bahawa pelajar yang
menjalani latihan industri telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab mereka.
Ini kerana segala maklumat yang berkaitan dengan aktiviti latihan industri akan
dilaporkan di dalam laporan harian pada setiap hari dengan tugasan yang
diberikan.
Sekiranya pelajar telah melakukan
kesalahan seperti ponteng waktu bertugas atau masalah-masalah lain yang boleh
menjejaskan imej dan kualiti sesebuah organisasi, secara tidak langsung laporan
latihan industri dan buku laporan harian akan turut terjejas kerana segala
kehadiran dan tugasan yang diberikan akan di ambil rekod oleh majikan. Masalah
disiplin yang ditimbulkan pelajar boleh menghalang pelajar untuk mendapat gred
yang cemerlang apabila terdapat rekod disiplin yang kurang memuaskan daripada
majikan.
ii. Sebagai
bantuan temuduga.
Menyiapkan laporan
latihan industri juga adalah untuk memudahkan pelajar untuk sesi temuduga yang
akan dijalankan di politeknik di mana ianya memerlukan segala maklumat yang
dilaporkan semasa menjalani latihan industri. Justeru itu, laporan latihan
industri ini adalah sebagai bantuan temuduga diantara pelajar dengan pensyarah.
Segala maklumat tersebut akan disemak, diteliti dan diingati semula untuk
memudahkan dan melancarkan perjalanan sesi temuduga apabila pensyarah
mengajukan pelbagai pertanyaan berpandukan tugasan yang dilaporkan di dalam
laporan latihan industri tersebut. Jika penghasilan laporan latihan industri
ini tidak diwujudkan, maka pelajar akan lebih tertekan kerana perlu mengingati
semua maklumat tersebut tanpa bahan rujukan sebagai bantuan dan panduan.
Laporan latihan industri ini juga
bertujuan untuk melaporkan segala aktiviti atau tugas yang diamanahkan dan
dipertanggungjawabkan semasa pelajar menjalani latihan industri. Aktiviti atau
tugas tersebut akan dijelaskan secara terperinci di dalam laporan latihan
industri yang akan disemak dan menjadi bahan bukti bahawa pelajar tersebut
telah melaksanakan praktikalnya pada suatu tempoh masa yang telah ditetapkan,
memberikan sepenuhnya komitmen dan tidak melanggar peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan oleh organisasi di mana tempat pelajar menjalani latihan
industri.
No comments:
Post a Comment