Wednesday, 21 November 2018

SENARAI KANDUNGAN



Bil
Isi Kandungan

  1.  
Perakuan
Surat Tamat Latihan
Dedikasi
Penghargaan
Senarai Kandungan
Senarai Rajah
Senarai Lampiran

  1.  
BAB 1:
1.1  Pendahuluan
1.2  Objektif Latihan Industri
1.3  Objektif Laporan
1.4  Kepentingan Latihan Industri Kepada  pelajar

  1.  
BAB 2:
       2.1 Pengenalan
       2.2 Sejarah Penubuhan
       2.3 Pintu masuk PPD Barat Daya
       2.4 Logo PPD Barat Daya
       2.5 Dasar Kualiti PPD Barat Daya
       2.6 Prosedur-prosedur Pekerja syarikat
       2.7 Visi dan Misi
       2.8 Carta Organisasi

  1.  
BAB 3:
      3.1 Ringkasan Aktiviti Semasa Latihan Industri

  1.  
BAB 4:
      4.1 Laporan Teknikal

  1.  
BAB 5:
      5.1 Dapatan Dan Cadangan Terhadap Politeknik
      5.2 Dapatan Dan Cadangan Terhadap Organisasi


  1.  
BAB 6:  KESIMPULAN

  1.  
RUJUKAN


SENARAI RAJAH


RAJAH

TAJUK
2.0
Pintu Masuk PPD Barat Daya
2.1
Logo PPD Barat Daya
2.2
Jadual Kerja
2.3
Carta Organisasi
4.2
Website Untuk PPD Barat Daya
4.3
Cara Buat Blog
4.4
Kad Jemputan
4.5
Format Window 7


SENARAI LAMPIRAN
                        


LAMPIRAN

TAJUK
A
Perakuan pelajar
B
Surat Pengesahan Tamat Latihan Industri


Saturday, 17 November 2018

RUJUKAN




Unit Perhubungan Dan Latihan Industri. (n.d.). Retrieved November 02, 2018, from http://pbuupli.yolasite.com/

Rohul Amin (2006, Mac). Panduan Kandungan Drop Down Menu. Retrieved November 01, 2018, from http://24work.blogspot.com/2013/09/drop-down-menu-widget-in-blogger.html

Lyssa Faizureen (Dec 2010 – 2016).Panduan Buat Blog. Retrieved November 15 ,2018, from http://www.lyssasecret.com/p/tutorial.html

By: Brian A.Klems(March 15,2012).How to write a blog.Retrived November 16, 2018, from https://www.writersdigest.com/online-editor/the-12-dos-and-donts-of-writing-a-blog

How to write an awesome blog. Dan Shewan(November 8,2018) Retrived November 20, 2018, from https://www.wordstream.com/blog/ws/2015/02/09/how-to-write-a-blog-post

By Muhammad Zakaria(November 4,2018).Panduan cara membuat blog. Retrived November 22, 2018, from https://www.google.com.my/amp/s/www.nesabamedia.com/cara-membuat-blog/amp/




LAMPIRAN A & B



LAMPIRAN A





LAMPIRAN B





BAB 7   


DEDIKASI & PENGHARGAAN




DEDIKASI



Segala pujian bagi Allah S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya, Laporan Akhir Latihan Industri ini dapat disempurnakan dengan keizinanNya. Dedikasi ini khas buat ibu dan bapa saya serta ahli keluarga yang banyak membantu saya di dalam penghasilan Blog Laporan Latihan Industri ini serta rakan-rakan seperjuangan lain yang turut bersama-sama membantu saya. Selain itu, tidak lupa juga kepada pihak Politeknik Balik Pulau serta seluruh kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya (PPDBD) yang telah banyak membantu saya dengan memberi bimbingan panduan serta tunjuk ajar sewaktu menjalani Latihan Industri dan sehingga terhasilnya Terbitan Blog Laporan ini. Sekian, Terima Kasih.


PENGHARGAAN


Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Tn. Hj. HasrulDani Bin Husain selaku Pegawai  Pejabat Pendidikan Daereah Barat Daya dan En. Nor Azizi Bin Abdullah Sani selaku Timbalan Pegawai kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk menjalani Latihan Industri selama 5 bulan yang bermula pada 02 July 2018 sehingga 16 November 2018.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia industri saya iaitu En. Muhammad Fahrin Bin Zabidi dan Puan Maisarah Binti Mansor Matarudi selaku Pegawai Maklumat dan ICT yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan praktikal dan berkongsi ilmu serta pengalaman di bawah pemerhatian beliau. Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan dan staff sokongan Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya (PPDBD) yang turut memberikan tunjuk ajar, kerjasama dan teguran sepanjang saya berkhidmat disini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Balik Pulau yang telah banyak membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang Latihan Industri ini berjalan. Sekalung penghargaan diucapkan kedua-dua ibu bapa saya dan rakan - rakan yang telah banyak membantu dan memberi sokongan pada saya untuk menjayakan Latihan Industri saya ini.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang sesi Latihan Industri ini dengan berjaya. Sekian, Terima Kasih.



BAB 6

 KESIMPULAN 


Setelah saya menjalani Latihan Industri di Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya (PPDBD), saya telah mengetahui dan mempelajari situasi berada di alam pekerjaan dengan lebih mendalam. Hasilnya, saya mendapat mempelajari banyak benda baru dan saya bersyukur kerana telah berjaya menamatkan Latihan Industri ini dengan pengalaman yang amat berguna untuk masa hadapan. Pengalaman ini bukan sahaja memperkenalkan saya kepada sesuatu yang baru, malah ia memberi pendedahan awal kepada saya sebelum saya memasuki alam pekerjaan yang sebenar. 

Selain itu, program ini juga telah banyak memberi peluang kepada pelajar untuk meluaskan pengetahuan dan kemahiran kerana mereka dapat melihat cara kehidupan seharian seseorang pekerja dan sifat ketekunan mereka untuk menyiapkan sesuatu tugas. Pelajar juga akan lebih menyedari bahawa pentingnya ilmu & subjek yang dipelajari sebagai pegangan dalam meneruskan cita-cita yang ingin dikehendaki walaupun teori yang dipelajari tidak semestinya sama dengan yang dilakukan sewaktu tempoh latihan industri namun kesungguhan dan semangat amat penting sebelum menceburi diri di alam pekerjaan. 

Banyak ilmu yang saya perolehi ketika menjalani program Latihan Industri ini. Segala ilmu yang diterapkan dan dipelajari sepanjang latihan akan saya gunakan sebaik mungkin untuk melangkah ke alam pekerjaan nanti. Disamping itu, saya mendapati bahawa sifat bertanggungjawab dan kebolehan individu dalam perancangan masa sendiri adalah penting untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. 

Pada kesimpulannya, Latihan Industri merupakan peluang yang berharga kepada pelajar untuk mempelajari bukan sahaja dalam bidang akademik dan teknikal malahan meliputi semua bidang keseluruhan tugas sebagai seorang pekerja serta melahirkan potensi pelajar yang lebih berkualiti. Semasa latihan juga, saya telah merasai bagaimana suasana sebenar di alam pekerjaan, serta hubungan yang baik antara pekerja dengan pelajar praktikal dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.





BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 DAPATAN DAN CADANGAN TERHADAP PIHAK POLITEKNIK


Program Latihan Industri merupakan suatu program yang amat baik dan berfaedah bagi pelajar politeknik. Ianya adalah bagi membantu pelajar menyesuaikan diri dalam keadaan pekerjaan yang sebenar. Pelajar yang berpendidikan tinggi memerlukan pengalaman bekerja sebelum memulakan perkhidmatan di mana-mana syarikat. Tanpa sebarang pengalaman, pelajar akan menghadapi kesukaran semasa memulakan pekerjaan pada masa akan datang. Pengalaman merupakan perkara penting dalam mencari pekerjaan pada masa kini. Masa yang diperuntukkan untuk menjalani Program Latihan Industri adalah agak pendek. Jika masa yang diperuntukan lebih panjang, hal ini akan membantu pelajar yang menjalani latihan industri bekerja dengan lebih berkesan. Jika dipersetujui, tempoh latihan industri harus dipanjangkan selama enam bulan.


Dalam tempoh masa itu, pelajar akan memperolehi lebih banyak pengetahuan dalam segala bidang. Ini membolehkan pelajar praktikal tersebut lebih mendalami skop bidang kerjanya. Disamping itu, pelajar juga boleh mempelajari lebih banyak perkara yang tidak sempat dipelajari sebelum habis tempoh latihan industri ditetapkan. Oleh itu, Program Latihan Industri perlu diteruskankan dari semasa ke semasa mengikut keperluan supaya pelajar dapat memahami dunia pekerjaan dan berkebolehan menjalankan tugas lebih sempurna dan menjadi lebih matang apabila keluar bekerja dalam sektor yang diceburi pada masa akan datang. Selain penggunaan Bahasa Melayu didalam dokumen politeknik yang berkenaan Program Latihan Industri, penggunaan Bahasa Inggeris adalah amat penting khususnya untuk berkomunikasi dengan orang awam. Oleh kerana penggunaan Bahasa Inggeris amat penting pada masa kini maka saya mencadangkan pihak politeknik menyampaikan sistem pembelajaran dalam bahasa inggeris secara tidak langsung pelajar yang kurang mahir akan menjadi pelajar yang boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.



5.2 DAPATAN DAN CADANGAN TERHADAP PIHAK ORGANISASI

Setelah menjalani Program Latihan Industri di Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya (PPDBD) selama lima bulan, saya menyedari bahawa latihan industri ini telah banyak membantu saya dalam mengetahui selok-belok keadaan kerja sebenar dan cara-cara pengurusan dalam sesebuah agensi. Selain itu, komuniti ataupun hubungan kumpulan warga kerja di Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya (PPDBD) adalah rapat dan mesra antara satu sama lain seperti satu keluarga yang saling bantu-membantu. Walaupun sebagai pelajar praktikal di agensi ini, tetapi saya dilayan seperti kenalan mereka.

Semua warga kerja di Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya (PPDBD) mempunyai tugasan yang tersendiri dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah disenaraikan. Situasi ini telah dapat membantu saya menjalankan kerja dengan lancar disamping selalu bertanya apabila terdapat masalah dalam tugasan yang diberikan. Sekiranya saya menghadapi sebarang masalah dalam kerja yang dilakukan, kakitangan yang lain turut sudi membantu saya serta memberi tunjuk ajar yang amat berharga dan berguna untuk saya kerana kesanggupan mereka berkongsi pengalaman dan ilmu. Selain itu, saya juga sentiasa cuba sedaya upaya membantu semua kakitangan dan memastikan semua kerja yang dilakukan berjalan lancar dan teratur.

INSTALL WINDOW




LANGKAH-LANGKAH :



Bagi anda yang pertama kalinya melakukan install windows 7 atau yang ingin menginstall ulang windows 7, pastikan anda telah mempersiapkan hal-hal berikut ini:

-Pastikan melakukan backup file-file penting di Local C dan Local D kerana semasa format file tersebut akan hilang.
-Siapkan DVD Windows terlebih dahulu, kerana kita akan belajar menginstall windows 7 dari DVDROM/ CDROM.
-Jadikan DVDROM/ CDROM sebagai first boot pada pengaturan BIOS 


  • Hidupkan Laptop dan masukkan USB atau CD Windows 7.
  • Keluar skrin hitam dengan mesej yang dikeluarkan ( gambar rajah bawah) dan tekan mana-mana papan kunci



  • Kemudian semua skrin hitam habis dipaparkan 


  • Silakan pilih 'English ' pada " Language to install". Kemudian klik 'Next'

  • Selepas tekan 'Next' , klik pula pada 'Install Now'

  • Tandakan pada kotak " I accept the license terms" dan tekan "Next"

  • Tekan pada pilihan  "Custom (Advanced) ".

  • Pilih partition dan tekan "Next"

  • Windows akan memulakan pemasangan , tumggu sehingga  proses ini selesai dan laptop ini  akan restart dengan sendiri

  • Windows akan restart lagi dengan sendirinya , tunggu sehingga semua proses pemasangan selesai



  • Tetingkap "Set Up Windows" keluar. Masukkan Nama Pengguna (username) dan nama Komputer . Kemudian tekan "Next".

  • Jika mahu Komputer/Laptop ingin memakai 'password', barulah masukkan password tersebut seperti bawah berikut . Kemudian tekan "Next'.

  • Masukkan nombor produk yang disediakan bersama CD Windows 7. Langkah ini boleh ditinggalkan terlebih dahulu. Pastikan  mengosongkan kotak 'Automatically active Windows when i'm online ' jika mahu menangguhkan langkah ini.

  • Untuk 'Window Update ' , sila tekan 'Ask Me Later '

  • Pada bahagian 'Time Zone ', pilih " (UTC  + 08.00) Kuala Lumpur, Singapore " dan tekan 'Next'


  • Sekiranya mahu disambungkan  kepada Internet, skrin berikut akan keluar .Tekan pada 'Public Network '

  • Tunggu proses hingga selesai

  • Kini , Windows 7 sudah dipasang dan siap sedia digunakan . Terima kasih











KAD JEMPUTAN

4.4 KAD JEMPUTAN KEPADA MANTAN PEGAWAI PPDBD

PENGENALAN ADOBE PHOTOSHOP


Adobe Photoshop adalah editor grafik raster yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems untuk macOS dan Windows.
Photoshop dicipta pada tahun 1988 oleh Thomas dan John Knoll. Sejak itu, ia telah menjadi standard industri de facto dalam pengeditan grafik raster, sehingga titik yang menjadi Photoshop telah menjadi tanda dagangan umum yang mengarahkan penggunaannya sebagai kata kerja seperti "ke Photoshop sebuah gambar," "photoshopping" dan "pertandingan photoshop" , walaupun Adobe tidak menggalakkan penggunaan sedemikian. [5] Ia boleh menyunting dan mengarang imej raster di pelbagai lapisan dan menyokong topeng, penyusun alfa dan beberapa model warna termasuk RGB, CMYK, CIELAB, warna tempat dan duoton. Photoshop mempunyai sokongan besar untuk format fail grafik tetapi juga menggunakan format fail PSD dan PSB yang menyokong semua ciri-ciri tersebut. Sebagai tambahan kepada grafik raster, ia mempunyai kebolehan terhad untuk mengedit atau membuat teks, grafik vektor (terutamanya melalui laluan kliping), grafik 3D dan video. Set ciri-ciri Photoshop boleh diperluaskan oleh plug-in Photoshop, program yang dibangunkan dan diedarkan secara bebas daripada Photoshop yang boleh berjalan di dalamnya dan menawarkan ciri-ciri baru atau dipertingkatkan.
Skim penamaan Photoshop pada mulanya berdasarkan nombor versi. Walau bagaimanapun, pada bulan Oktober 2002, berikutan pengenalan penjenamaan Creative Suite, setiap versi baru Photoshop telah ditetapkan dengan "CS" ditambah nombor; contohnya, versi utama Photoshop kelapan adalah Photoshop CS dan versi utama kesembilan ialah Photoshop CS2. Photoshop CS3 melalui CS6 juga diedarkan dalam dua edisi berbeza: Standard dan Extended. Pada bulan Jun 2013, dengan memperkenalkan penjenamaan Creative Cloud, skim pelesenan Photoshop telah ditukar kepada perisian sebagai model penyewaan perkhidmatan dan sufiks "CS" digantikan dengan "CC". Dari segi sejarah, Photoshop dibundel dengan perisian tambahan seperti Adobe ImageReady, Adobe Fireworks, Adobe Bridge, Adobe Device Central dan Adobe Camera RAW.Di samping Photoshop, Adobe juga membangun dan menerbitkan Elemen Photoshop, Photoshop Lightroom, Photoshop Express, Photoshop Fix, Photoshop Sketch dan Photoshop Mix. Adobe juga merancang untuk melancarkan versi penuh Photoshop untuk iPad pada 2019. [6] Secara kolektif, mereka dicap sebagai "Keluarga Adobe Photoshop". Ia kini merupakan perisian berlesen.

         Bagi saya adobe photoshop jugak banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan,selain itu dengan menggunakan Adobe Photoshop CS6 juga, saya boleh mengubah saiz gambar, mengubah kesan/effect pada gambar dan lain-lain lagi.
  • Buka Adobe Photoshop dan pilih file dan pilih New







  • Selepas pilih new dan masukkan saiz yang kita inginkan. Hasilnya seperti rajah dibawah.







  • Kemudian pilih open untuk memasukkan gambar dan design yang kita kehendaki.


    •  Selepas masukkan gambar yang kita kehendaki, boleh memulakan proses merekabentuk kad. Boleh hilangkan bahagian yang kita tidak mahu menggunakan Eraser Tool. Boleh masukkan tulisan, Pilih Horizontal type tool.

    • Selepas masukkan tulisan, susun ayat dikedudukan yang sesuai.


    • Untuk edit tulisan, klik pada tulisan dan pilih layer, kemudian Hight light tulisan dan pilih jenis tulisan yg kita kehendaki.

    • Selesai design, pilih File dan pilih Save As

    • Save dalam Photoshop dan PNG. Selepas save dalam png, PNG Option akan dipaparkan. Selepas itu, klik ok.




    • Inilah hasilnya






    BLOG


    4.3  CARA MENGHASILKAN BLOG


    Blog dipopularkan oleh Blogger.com, yang dimiliki oleh Pyra Labs sebelum akhirnya dimiliki oleh Google pada akhir tahun 2002. Semenjak itu, banyak terdapat aplikasi-aplikasi yang bersifat sumber terbuka yang diperuntukkan kepada perkembangan para penulis blog tersebut. Blog mempunyai fungsi yang sangat beragam, mulai dari sebuah catatan harian, media populariti sampai dengan program-program media dan perusahaan-perusahaan. Sebahagian blog dipelihara oleh seorang penulis tunggal, sementara sebahagian lainnya oleh beberapa penulis. Banyak juga blog yang memiliki fasiliti interaksi dengan para pengunjungnya, seperti menggunakan buku tetamu dan ruang komen yang dapat memperkenankan pengunjungnya untuk meninggalkan komen atas isi dari tulisan yang dipublikasikan, namun demikian ada juga blog yang bersifat sebaliknya (non-interaktif).

    Disini saya tunjuk cara untuk membuat blog di blogger.





    • Klik pada butang “CREATE YOUR BLOG”



    • Sebelum menghasilkan blog, wajib ada akaun Google. Jika belum ada goole account, sila cipta akaun google dahulu.







    • Selepas Log masuk, Klik butang “Create a Google+ Profile”.Maklumat dalam akaun google akan menjadi maklumat dalam blog.

    •   Jika ingin tukar maklumat, boleh tukar. Jika tiada perubahan, boleh terus klik butang “CREATE PROFILE”.


    • Selepas itu, klik butang “Continue to Blogger”












  •   Selepas itu klik butang “CREATE NEW BLOG”



    •   Sila isi maklumat pada Tajuk dengan Alamat blog.



    •   Isi maklumat alamat blog sehingga muncul tanda “right”. Selepas itu, boleh klik butang “Create Blog”













  • Selesai! Anda telah berjaya menghasilkan blog.